
LATAR BELAKANG GANO EXCEL
ENTERPRISE SDN BHD
Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan
berasaskan Ganoderma lucidium (lingzhi) di Malaysia dan syarikat MLM tempatan
tunggal yang komited dalam menjayakan ‘Ganoderma Nutritional Immunology’ di
peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah
ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi
kedudukan Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat
antarabangsa.
Diasaskan di Kedah, Malaysia pada tahun 1995. Walau bagaimanapun
sejarah Ganoderma Gano Excel bermula sejak 1983 lagi apabila Presiden Gano
Excel Antarabangsa, Mr Leow Soon Seng telah membuat kajian mengenai sejarah
cendawan di Malaysia.Beliau mendapati bahawa kelembapan dan cuaca di Malaysia
(28ºC hingga 32ºC) adalah sesuai untuk penanaman Ganoderma.Setelah melalui
pelbagai proses kajian dan percubaan, beliau telah mengesan iaitu Ganoderma
lucidum mempunyai kesan teraputik yang paling tinggi. Daripada 200 spesis yang
ditemui, beliau telah memilih 6 yang terbaik untuk menghasilkan Ganoderma Gano
Excel.
Gano Excel kini telah berusia 18 tahun di dalam industri MLM.
18 tahun yang lepas, Gano Excel hanya beroperasi di sebuah lot rumah kedai yang
disewa di Mergong, Alor Setar, Kedah dengan memasarkan 3 produk utama iaitu
Ganoderma, Excellium dan Gano Café 3 in 1. Gano Excel terus bertatih dengan
gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hasilnya kini, Gano Excel merupakan
syarikat gergasi MLM yang dikenali di Malaysia dan memiliki lebih 50 rangkaian
produk kesihatan. Gano Excel kini beroperasi di bangunan pejabat sendiri dan
mempunyai 7 jabatan yang mendokong misi dan visi syarikat.
Gano Excel turut memiliki prasarana terbaik seperti kompleks
industri yang bernilai lebih RM20 juta yang memenuhi standard piawaian antarabangsa
serta mendapat pengiktirafan ‘Amalan Perkilangan Baik’ (GMP). Selain itu Gano
Excel Industries sedang dalam usaha untuk mendapatkan sijil HACCP (Hazard
Analysis And Critical Control Point) di mana ianya akan mengukuhkan lagi
keyakinan masyarakat terhadap kawalan mutu dan kebersihan dalam menghasilkan
produk Gano Excel.
Memiliki Ladang Ganoderma Organik Terbesar Dunia merupakan
kebanggaan utama Gano Excel. Ladang Ganoderma Organik milik Gano Excel ini
mempunyai lebih daripada 100 buah ‘rumah bangsal’ yang setiap satunya mampu
memuatkan 30,000 polybag Ganoderma. Dua prasarana hebat ini membuktikan kepada
masyarakat di Malaysia dan dunia bahawa Gano Excel tetap dan terus komited
menghasilkan produk-produk berasaskan Ganoderma yang bermutu tinggi untuk dinikmati
oleh segenap lapisan masyarakat.

Fakta Ganoderma
Apakah yang anda tahu
tentang Ganoderma lucidum ?
Ganoderma lucidum adalah sejenis cendawan daripada lebih 250 spesis. Ia
dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat seperti Melayu: cendawan
merah, China: ‘lingzhi’, Jepun: ‘reishi’ dan Korea: ‘yeongji’. Menurut bahasa
Greek: ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit.
Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam
perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu
Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba
purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum
sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur
‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak
spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh
badan.
Bagaimana Ganoderma Berfungsi?
Selepas pengambilan Ganoderma, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma
dan tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat
seperti yang ditunjukkan di bawah:
Mengesan (1-30 hari) Kandungan aktif
Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan
akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan
penyakit.
Membersih - menyahtoksin (1-30 minggu)
Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid
laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul
di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan
seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan
tanda-tanda proses menyahtoksin sedang berlaku ke atas tubuh badan.
Menyeimbang (1-12 bulan)
Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan
badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.
Membaikpulih (6-24 bulan)
Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaik pulih
anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan
mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.
Awet Muda (1-3 tahun)
Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras
yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.
Berkesan bagi Penyakit
Moden seperti : -
- Agen anti radang
- Anti tumor
- Anti kanser
- Anti oksidan
- Anti bakteria
- Anti virus
- Membantu menurunkan paras kolestrol darah
- Agen penyahtoksin badan