MAL 19961984T
Ganoderma
Keterangan Produk
Dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis cendawan Ganoderma Lucidum iaitu Ruyi, Kimshen, Merak, Otak, Jantung dan Hati yang mempunyai kesan teraputik yang tinggi. Pengambilan secara berterusan dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan kesihatan secara optimum serta membantu melancarkan peredaran darah dengan memperbaiki sistem kardiovaskular.
Ganoderma merupakan pati cendawan Ganoderma Lucidum yang dikenali sebagai 'Raja Herba yang Ajaib' untuk menguat dan memulihkan kesihatan seluruh badan secara total. Ia mengandungi lebih 200 elemen aktif seperti Polisakarida, Organik Germanium, Adenosin, Triterpenoid dan Esen Ganoderik.
Ganoderma adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi yang ditanam menggunakan kaedah tisu kultur dan 100% organik di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia yang dimiliki oleh Gano Excel. Menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soya dan serbuk kayu getah dengan kaedah gantungan serta kelembapan suhu dan pendedahan cahaya matahari yang terkawal agar dapat menghasilkan Ganoderma lucidum berteraputik tinggi. Tiada sebarang bahan kimia, racun serangga atau bahan hormon digunakan.
Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik (Gred 1) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan. Pengambilan secara berterusan dapat membantu tubuh mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Cadangan Pemakanan :
- Dewasa:1 – 2 kapsul,2 kali sehari
- Kanak-Kanak:1/2 dosej
- Untuk pesakit ulser dan gastrik ambil selepas makan
- Untuk hasil yang optimum,disyorkan ambil bersama Excellium dan Sakanno.
Nilai Kesihatan Ganoderma Lucidum
1. Menguatkan sistem ketahanan badan
2. Membantu pankreas mengimbangi paras gula dalam darah
3. Sebagai tonik jantung
4. Menghilangkan kelesuan
5. Meningkatkan metabolisme badan
6. Menurunkan paras kolestrol dalam badan
7. Menghalang rekatan platelet yang menyebabkan sumbatan pada salur darah
8. Melindungi dari alahan (alergi)
9. Memulihkan penyakit kulit
10. Berkesan untuk kegunaan luar seperti luka, ulser mulut dan menghentikan pendarahan.